Tarikh : 20 / 07 / 2024
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : NADI Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan usahawan untuk menambah pendapatan. Didalam slot latihan keusahawanan ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan bagaimana untuk membuat pemasaran di Facebook Ads . Antara kelebihan mendaftar Facebook Ads ialah Ads membolehkan usahawan mencapai audiens yang lebih meluas, berbeza dengan pemasaran organik yang hanya menyasar pengikut akaun media sosial anda sendiri. Usahawam juga boleh mendapatkan pelanggan dari Facebook walaupun platform utama yang  digunakan adalah Instagram. Manfaat ini memberi kesan yang positif terhadap peningkatan lalu lintas laman web dan penjualan perniagaan.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuat pemasaran menggunakan Facebook Ads:

1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Facebook Page

2. Seterusnya usahawan perlu klik kepada bahagian Ads untuk memulakan pemasaran.

3. Petugas membimbing usahawan untuk memilih jenis iklan yang ingin dipasarkan.

4. Serta masukkan jumlah harga mengikut usahawan dan mulakan pembayaran.

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI