SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOROK 

 

Sekolah Kebangsaan Sungai Korok atau nama ringkasnya SK Sungai Korok, merupakan Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Baharu Balik Pulau, Pulau Pinang. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1885 yang pada awalnya hanya berbumbungkan atap nipah dan berdindingkan pelupuh. Asal usul nama sekolah ini dikatakan menurut penduduk sekitar nama Sungai Korok itu berasal dari sebatang sungai yang telah dikorek pasirnya dan dibina semula dengan simen oleh taukeh kilang padi iaitu Loh Ah Lian. Lesung padi kilang tersebut memerlukan kuasa air untuk menjalankannya dan sungai tersebut mengairkan kawasan padi yang beratus ekar. Menurut seorang pesara guru, En Ghazali Hamzah perkataan korok sebenarnya adalah berasal dari perkataan 'korek' dan disebabkan oleh lidah orang Jawa yang telah melarikan diri dari penindasan berkerja di ladang-ladang kelapa sawit maka Sungai Korek bertukar menjadi Sungai Korok. (sumber Pejabat Daerah Balik Pulau)

 

sk_sungai_korok.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU

Sekolah Kebangsaan Balik Pulau mula dibina sekitar tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada tahun 2002. Sekolah ini mempunyai dua blok pentadbiran yang unik iaitu menempatkan blok Kementerian Pendidikan Malaysia Barat Daya dan blok yang lain menempatkan pentadbiran sekolah. Sekolah ini berwatak TKRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah) dan banyak menerima anugerah kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum mahupun kurikulum. 

 

 

sk_balik_pulau.jpg

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALIK PULAU

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau atau nama ringkasnya SMK SERI BALIK PULAU, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tengah, Balik Pulau. Pada awal penubuhan sekolah ini ia dikenali Sekolah Menengah Genting kerana menumpang sesi persekolahan petang di Sk Genting. Kemudian, pada tanggal 17 April 1969 sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak Hussein, iaitu Timbalan Menteri Malaysia pada ketika itu.

 

smk_seri.jpg

 

MAAHAD AL MASHOOR AL ISLAMI 

Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Madrasah Al-Quran. Selari dengan nama  sekolah ini ialah sekolah agama yang terkenal di Pulau Pinang kerana disinilah lahirnya para ulama dan ilmuan-ilmuan. Sekolah ini bermula penubuhannya di Lebuh Acheh Masjid Melayu. Namun, acap kali sekolah ini melalui perpindahan iaitu dari satu tempat ke satu tempat disebabkan kekangan tanah dan sebagainya. Maka, Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian agama mengorak langkah dengan bersetuju untuk mentadbir sekolah ini secara rasmi dan memberi nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Al Mashoor Al Islami Lelaki dan pada ketika itu hanya menempatkan para pelajar lelaki sahaja. Disebabkan tiada tempat yang sesuai sekolah ini terpaksa menumpang sementara di bangunan Wakaf Masjid Ridwaniah Sungai Batu, Bayan Lepas. Pada tahun 2011 bermulalah pembinaan kekal sekolah ini yang ditempatkan di kawasan Simpang Empat, Balik Pulau dan telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan. Dan wujudlah sekolah agama berasrama penuh yang berprestij dan berkaliber di Balik Pulau. 

 

 

 

maahad.jpg

 

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BALIK PULAU 

Kolej Kemahiran Tinggi Mara ialah hak milik sepenuhnya di bawah MARA iaitu Majlis Amanah Rakyat. Institusi ini ialah pemangkin kepada pendidikan kemahiran Bumiputera di Pulau Pinang. Institusi ini menawarkan lima program teras dalam bidang teknologi kejuruteraan pembuatan. Institusi ini terletak di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan Maktab Rendah Sains Mara serta Kolej Vokasional Balik Pulau. Antara program yang ditawarkan di institusi ini ialah Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik), Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk produk), Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri, dan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan). 

 

kktm.jpg

POLITEKNIK BALIK PULAU

 

Politeknik Balik Pulau terletak di Kampung Permatang Tepi Balik Pulau. Institusi ini telah ditubuhkan pada tanggal 1 Februari 2007. Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke-21 di Malaysia dan Politeknik kedua di Pulau Pinang. Antara program yang ditawarkan di Politeknik Balik Pulau ialah Diploma Teknologi Digital serta Diploma Teknologi Maklumat(Rangkaian). 

 

politeknik.jpg