LATAR BELAKANG BALIK PULAU 

 

                                        "Balik Pulau, Bayan Lepas"

                                     "Di sana terpelau, di sini terlepas"

Bagaimana tersembunyi kedudukan Balik Pulau, begitulah juga tersorok sejarah pembukaanya walaupun beberapa abad telah berlalu. Setakat ini apa yang sering diperkatakan dan diketahui oleh umum ialah mengenai sejarah Pulau Pinang sahaja. Memandangkan kepada kedudukannya yang tersorok, dibendungi oleh bukit-bukau itu, sudah sampai masanya kita menyingkap secara sepintas lalu tentang apakah rahsianya yang tersembunyi di sebalik pembukaanya. 

Balik Pulau, begitulah nama yang diberikan sesuai dengan kedudukannya yang terletak di sebalik bukit-bukau yang memisahkan ia dari Tanjung. Ia juga terletak di Daerah Barat Daya meliputi hampir tiga suku daripada Pulau Pinang. Selama ini Balik Pulau dikenali ramai sebagai kawasan pertanian yang mengeluarkn buah pala, cengkih dan buah-buahan bermusim antaranya ialah durian. Pulau Pinang (Daerah Barat Daya) adalah di antara lima buah negara pengeluar buah pala di dunia, demikian menurut Fiona Nichols dalam rencananya "The Story of Nutmeg". (Sumber : Pejabat Daerah Balik Pulau)

 

Penang_map.jpg

 

 

ASAL USUL DAN NAMA SEJARAH JALAN BHARU BALIK PULAU

Pada tahun 1912, jalan tanah merah telah dibina dan batu enam inci digunakan, setelah itu barulah batu dua inci digunakan. Maka disitulah tercetusnya nama Jalan Bharu. Ketika itu kereta lembu, kerbau dan kuda masih digunakan. (sumber Pejabat Daerah Balik Pulau)

 

balik_pulau_rural_map1.jpg