Tarikh | : 27 / 11 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti menggunakan Microsoft Excel untuk membantu dalam menguruskan data secara sistematik. Latihan yang diberikan adalah mencipta jadual pengurusan perbelanjaan harian.
Aktiviti:
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Excel.
2.Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengenali ikon dan fungsi asas yang terdapat di Microsoft Excel
3.Komuniti dibimbing mencipta jadual dengan format seperti lajur "Tarikh," "Butiran," "Jumlah Masuk," dan "Jumlah Keluar."
4.Selesai, komuniti akan diajar menggunakan formula asas seperti SUM untuk menjumlahkan data.
5. Akhir sekali, komuniti mencetak jadual yang telah disiapkan.