Kemudahan awam

 

 

Taman Prestij terletak di Kuala Jalan Bharu iaitu satu penempatan kawasan perumahan yang baru. Secara amnya sebelum wujudnya Taman Prestij ini kawasan Kuala Jalan Bharu ialah penempatan penduduk berbangsa Cina. Tahun demi tahun kawasan ini mengalami perubahan yang drastik apabila wujudnya Taman Prestij dan ia telah membentuk satu komuniti yang lengkap iaitu terdapat banyak penduduk dan kemudahan asas yang terdapat di sekitarnya.

Kemudahan awam yang terdapat di Taman Prestij disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, padang bola, taman permainan,jalanraya berturap, deretan kedai-kedai, perkhidmatan kurier, surau sekolah , sekolah rendah juga terdapat di Taman Prestij Kuala Jalan Bharu. 

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Kongsi Balik Pulau. 

 

Tertubuhnya sebuah Balai Polis Komuniti yang berada di jalan utama Kuala Jalan Bharu. Jaraknya ialah sekitar 750 meter dan 5 minit  perjalanannya dengan kawasan Taman Prestij. Penduduk dapat mengadukan aduan, melaporkan hal-hal jenayah ringan atau berat yang berlaku di sekitar kawasan dengan pantas. Seterusnya, dapat mengeratkan hubungan antara komuniti iaitu hubungan dua hala antara pihak polis dan penduduk setempat bagi menjaga keselamatan kawasan kampung.

                                                                balai.jpg