SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Taman Prestij II menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Taman Prestij II telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada  9 Disember tahun 2021. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 AHLI LAMA

340

 AHLI BARU BULAN JUN 2024

10
 KESELURUHAN PADA JUN 2024 350
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

 

Untuk menjadi petugas NADI Taman Prestij II, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
 
wani.jpg
 
 Nama : Nur Hazwani Binti Haji Salleh 
Mula berkhidmat : 2 Ogos 2018
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
miau.jpg
 
Nama : Nor Fatin Aida Binti Mohd Razhi
Mula berkhidmat : 26 November 2021
 
 
 
 

NADI Taman Prestij II merupakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang baru diwujudkan pada penghujung tahun 2021. Ia terletak di Taman Prestij II Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang. Lokasi bangunan adalah di lot kedai Taman Prestij II dan terletak di atas pasaraya 99 speedmart Kuala Jalan Bharu Balik Pulau, Pulau Pinang.

Fokus utama NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi komuniti setempat melalui e-dagang dengan kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Justeru itu, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.