CELIK IT 

Nama : Darwish Mirza Hazli  Bin Abdul Rahman 
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Darwish Mirza  merupakan pelajar sekolah rendah. Beliau amat komited dengan pembelajaran ICT sehinggakan ketika waktu cuti beliau sering ke NADI bagi mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh NADI dengan lebih mendalam. Ketika selesai waktu persekolahan beliau mengunjungi NADI bagi melakukan tugasan persekolahan dengan menggunakan medium pembelajaran secara atas talian. Selain itu,  meskipun beliau mempunyai masa yang padat dengan aktiviti tuisyen, kokorikulum dan sebagainya namun tetap membahagikan masa dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh NADI. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan mengetahui asas-asas Microsoft Office, Canva, Ai dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Darwish Mirza xebelum menyertai kelas komputer hanya mampu menggunakan teknologi pada tahap asas. Segala tugasan berkaitan komputer sering kali memerlukan bantuan orang lain, dan sering berasa ketinggalan dalam dunia digital yang semakin canggih. Perasaan tidak yakin diri dan kurang kemahiran komputer juga membataskan produktiviti hariannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Darwish Mirza untuk menggunakan aplikasi Microsoft word dan Powerpoint. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan gambar menggunakan Ai yang lebih menarik dan kreatif. Kini,Selepas menyertai kelas komputer, semuanya berubah. beliau kini mahir menggunakan perisian komputer dalam kehidupan sehariannya serta lebih yakin mengendalikan tugasan digital.