Tujuan

Di dalam slot ini komuniti diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak 'Bahaya Scammer'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. "Scammer Klik Dengan Bijak" merujuk kepada kempen kesedaran yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya penipuan dalam talian (scammer) dan cara-cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Klik Dengan Bijak, sebuah program di Malaysia yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mempromosikan penggunaan internet secara selamat dan beretika

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Scammer) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis scammer yang terdapat di laman media sosial. 

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI