Tarikh : 22 / 02 / 2022
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Carousell merupakan tempat jual dan beli yang dikhususkan untuk para pengguna menjual barang baru, terpakai (preloved) dengan jaminan yang lebih baik kerana mempunyai insuran penghantaran. Carousell menyediakan tempat jual dan beli ini bertujuan agar para penggunanya dapat dengan mudah mencari dan menemukan barang-barang menarik yang dijual.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Carousell:

1. Petugas membimbing usahawan cara untuk membuka akaun di aplikasi iaitu dapat mendapat dengan menggunakan nombor telefon, scan qr , akaun google, facebook atau instagram. Usahawan memilih untuk membuka menggunakan nombor telefon.

2. Usahawan membuka akaun dan perlu sahkan identiti

3. Usahawan perlu tetapkan kaedah pengiriman atau tawarkan penghantaran percuma

4. Cara memuat naik produk baru (tambah produk baru, tambah nama produk dan kategori produk, tambah penerangan produk, tambah imej produk, tambah maklumat penghantaran, tips untuk tambah variasi dan lain-lain )

5. Cetak akaun, selesai

 

 GAMBAR DISINI