Tarikh : 16/ 04 / 2022
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini dapat memperbaharui Lesen Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan membayar kompaun disebabkan lesen perniagaan telah luput tarikhnya. Antara kelebihan mendaftar SSM ini ialah mendapatkan entiti perniagaan yang sah kerana mendaftar menggunakan saluran perniagaan yang telus. Seterusnya, meningkatkan tahap keyakinan penduduk setempat terhadap perniagaan yang ditubuhkan.

Aktiviti

1. Petugas melayari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan memasukkan username, kata laluan (boleh klik ikon mata jika ingin lihat kata laluan yang telah ditaip) dan seterusnya masukkan kod verifikasi untuk pengesahan dan klik pada butang Sign In. 

2. Apabila akaun SSM berjaya dibuka klik pada bahagian 'My Business Services’ dan klik ‘Renewal by Others.

3. Seterusnya akan keluar paparan nombor pendaftaran perniagaan, nama syarikat dan klik pada bahagian kompaun untuk membayar dan pilih berapa tahun untuk mmeperbaharui lesen. 

4. Kemudian klik pada butang 'Proceed To Payment' untuk proses pembayaran. 

5. Setelah selesai kembali ke laman web dan klik pada butang 'Renewal History' untuk memuat turun Sijil Perakuan Perniagaan dan Maklumat Perniagaan.

6. Petugas mencetak borang tersebut dan memberi invois bukti pembayaran kepada usahawan. 

7. Selesai.

 

GAMBAR DISINI