Tarikh : 6 / 05 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan. Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan terutamanya kepada golongan warga emas berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Facebook Marketplace. Facebook Marketplace ialah satu aplikasi e-dagang yang mempunyai pelbagai fungsi dari jualan barang, pembelian barang, dan lain-lain. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Shopee:

1. Petugas membimbing usahawan cara untuk membuka akaun di aplikasi iaitu dapat mendapat dengan menggunakan aplikasi Facebook. 

2. Seterusnya klik pada bahagian penjuru kanan iaitu 'Marketplace'. 

3. Petugas membimbing usahawan cara untuk masukkan gambar dengan klik pada bahagian sell dan perlu memuatnaik gambar-gambar produk yang hendak dijual. 

4. Serta usahawan perlu mengetahui pilihan-pilihan penjualan barang antaranya seperti barang perkakasan rumah, kenderaan, hartanah atau rumah untuk disewa. 

5. Petugas membimbing usahawan untuk meletakkan tajuk jualan yang menarik, harga, kategori barang, kondisi barang tersebut dan sedikit deskripsi barang.

6. Lokasi jualan juga harus ditetapkan mengikut tempat usahawan tersebut dan akhirnya klik pada bahagian siar. 

7. Selesai.