Tujuan

Di dalam slot ini komuniti setempat diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak ''Oversharing''. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti serta memberi taklimat mengenai 'Oversharing' iaitu Post terlalu banyak informasi/maklumat peribadi terutamanya di laman sosial iaitu dengan membiarkan orang di internet melihat informasi peribadi. Antara contoh maklumat peribadi yang tidak boleh didedahkan ialah alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon, gambar-gambar intim, lokasi pergerakan kini, maklumat sulit. 

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Oversharing) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak kepada komuniti serta menerangkan jenis oversharing yang terdapat di laman media sosial. 

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI