Tujuan

PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan e-services antaranya ialah pembelian tender bagi kontraktor mendapatkan lokasi pembinaan yang bakal dijalankan oleh badan-badan kerajaan sekitar Pulau Pinang. Perkhidmatan ini disediakan bagi penduduk sekitar supaya memudahkan urusan mereka  dan menjimatkan masa. E-perolehan ialah sistem perolehan elektronik itu yang memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.

Aktiviti : 

1. Petugas melayari laman web https://ep.penang.gov.my/

2. Kemudian, petugas mendaftar akaun iaitu perlu meletakkan email dan kata laluan. 

3. Petugas klik pada bahagian pembelian dan mencari nombor siri tender yang diberikan oleh komuniti.

4. Seusai pemilihan tender petugas klik pada bahagian teruskan dan sesi pembayaran online.

5.  Borang resit dicetak serta borang-borang tender tersebut.

6. Selesai.

 

GAMBAR DISINI