Tarikh : 22/ 06 / 2022
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu usahawan yang ingin mendaftar akaun bank melalui kemudahan perbankan atas talian. Tujuan perbankan atas talian dapat membantu usahawan menyelesaikan urus niaga bank dengan mudah tanpa membuat urusan ke pejabat bank yang berdekatan. Malahan melalui perbankan online usahawan dapat membezakan antara akaun simpanan dan akaun pernigaan serta dapat melihat penyata kewangan dengan serta-merta, Antara kelebihan perbankan online ialah ia dapat memberikan maklumat terkini tentang status kewangan simpanan. Usahawan juga akan mempunyai banyak maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari pada bila-bila masa.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu belia untuk membuat pendaftaran perbankan dalam talian: 

1. Layari laman web www.maybank2u.com.my.

2.Kemudian di bahagian atas kanan Klik pada 'Daftar Sekarang' dan masukkan No Kad dan PIN anda. (No PIN ialah 6 digit ATM/Debit/Kad Kredit Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda) 

3.Tandakan pada Terma & Syarat dan klik 'Teruskan'.

4.Cipta nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda, kemudian masukkan e-mel anda.

5.Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon berdaftar anda dan klik 'Sahkan'.

6.Sediakan Imej Keselamatan, Frasa dan Soalan anda. Ini penting untuk membantu memastikan akaun anda selamat.

7.Klik 'Selesai' setelah pendaftaran sudah lengkap & anda akan dibawa ke laman utama Maybank2u di mana anda boleh log masuk ke akaun baharu anda.

 

GAMBAR DISINI