Tarikh : 5 / 07/ 2022
Masa : 9.00 petang - 11.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform shopee. Shopee ialah satu aplikasi e-dagang yang mempunyai pelbagai fungsi dari jualan barang, pembelian barang, perkhidmatan pembayaran bil dan lain-lain. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Shopee:

1. Petugas membimbing usahawan cara untuk membuka akaun di aplikasi iaitu dapat mendapat dengan menggunakan nombor telefon, scan qr , akaun google, facebook atau instagram. Usahawan memilih untuk membuka menggunakan nombor telefon.

2. Seterusnya klik pada bahagian penjuru kiri iaitu 'start selling' .

3. Petugas membimbing usahawan cara untuk masukkan gambar produk-produk iaitu harus melebihi 5 gambar, video produk supaya menambahkan keyakinan pada pembeli serta masukkan info mengenai produk yang hendak dijual.

4. Serta usahawan perlu mengetahui shipping fee iaitu penghantaran (kurier) serta berat, saiz, dimensi produk tersebut. Antara pilihan kurier yang digunakan ialah Shopee Express, J&T, Poslaju dan sebagainya.

5. Memberi penerangan apa itu seller centre (usahawan boleh menggunakannya untuk mengedit, memuat naik, maklumat produk, memproses pesanan serta mengatur penghantaran, mengeluarkan wang, meningkatkan penjualan dan banyak lagi)

6. Cara memuat naik produk baru (tambah produk baru, tambah nama produk dan kategori produk, tambah penerangan produk, tambah imej produk, tambah maklumat penghantaran, tips untuk tambah variasi dan lain-lain )

7. Selesai

 

GAMBAR DISINI