Tujuan

Di dalam slot ini komuniti setempat diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak ''Maklumat Palsu''. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti serta memberi taklimat mengenai 'Maklumat Palsu' iaitu sejenis hebahan, propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media, sama ada akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial melalui dalam talian. Antara contohnya seperti penyebaran palsu mengenai Covid-19 yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini.

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Oversharing) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak kepada komuniti serta menerangkan jenis maklumat palsu yang terdapat di laman media sosial. 

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI