Tarikh | : 13/ 08 / 2022 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Tujuan kelas lestari ICT ini adalah sempena Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Malahan intipati kelas ini adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Kelas ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan menggunakan medium ict dalam melakar tulisan kaligrafi. Malahan memantapkan penggunaan komputer di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan melakar dengan rujukan yang tertera di laman web. Antara khat yang dipelajari ialah Khat Nasakh, Tuluth dan sebagainya. Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari SK Tan Sri Awang Had Salleh.
Aktiviti :
1. Tenaga pengajar mengarahkan pelajar melayari laman web Google.com bagi mengetahui jenis-jenis khat.
2. Para pelajar menggunakan aplikasi seperti Youtube untuk melihat secara visual khat tersebut.
3. Tenaga pengajar memaparkan di skrin LCD cara melakar satu persatu.
4. Pelajar mengenal huruf dan melukis kaligrafi tulisan khat tersebut.
5. Selesai