Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II terutamanya golongan usahawan untuk mereka Business Card didalam perniagaan mereka. Business card merupakan antara item yang paling penting dalam perniagaan usahawan. Ia menjadi penghubung antara usahawan dengan pelanggan yang sedia ada dan bakal pelanggan dimasa akan datang

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan mereka kad perniagaan:

1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Canva dan menerangkan kepada usahawan mengenai saiz , margin, potrait, landscape dan sebagainya.

2. Petugas membimbing usahawan untuk memilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang mahu digunakan seperti Times New Roman, Arial dan sebagainya.

3. Usahawan menghasilkan kad mengikut template yang disediakan dan mengikut kreativitinya.

4. Selesai. Usahawan memuat turun kad perniagaan yang disediakan.

 

GAMBAR DISINI