Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membimbing usahawan untuk mendaftar PERKESO bagi tujuan caruman kepada pekerja. Mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman. Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan.

 

Aktiviti : 

1. Petugas membimbing usahawan dengan membuka aplikasi www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST

2. Kemudian, petugas membimbing usahawan untuk klik ‘’Kali pertama? Daftar akaun iPERKESO?” , Isikan maklumat yang diperlukan, Kemudian proses verifikasi samada melalui nombor telefon atau email.

3. Seterusnya, Log Masuk ke sistem dan pilih Mod ‘’Saya bekerja sendiri”, Klik “Daftar” di panel pendaftaran dan caruman. Untuk perbaharui caruman sila klik ‘’Memperbaharui’’., Dan Isikan maklumat diperlukan dan muat naik dokumen diperlukan. Seterusnya klik pada ‘’Hantar & bayar”. 

4. Dan akhir sekali penbayaran dilakukan mengikut bank secara transaksi online , Setelah bayaran berjaya dibuat, resit pembayaran caruman boleh dimuat turun

 

GAMBAR DISINI