Tujuan

Di dalam slot ini pelajar diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak ''Scammer'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital kepada pelajar serta memberi taklimat mengenai 'Scammer' Scammer ni dalam Bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer. Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer. Antara jenis-jenis scam yang terkenal di Malaysia ialah scam duit syiling, macau scam, scam media sosial, dan love scam. 

 

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Scammer) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak kepada komuniti serta menerangkan jenis scam yang terdapat di laman media sosial. 

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI