Tarikh : 10/ 02 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Di dalam slot ini petugas membantu pengguna untuk membuat permohonan passport online. aplikasi online 'PASPORT'  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX). 

Aktiviti

1. Petugas membimbing pengguna untuk klik di laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

2. Kemudian, petugas membimbing untuk klik pada 'SETUJU' lepas baca t&c.

3. Seterusnya, perlu isikan maklumat lengkap butiran diri dan sebagainya serta perlu memuatnaik gambar passport yang mengikut spesifikasi imegresen iaitu Latar belakang foto mesti berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima, Pakaian bewarna gelap serta menutupi bahu dan dada, Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.

4.Dan akhir sekali perlu pilih pejabat imegresen yang terdekat untuk mengambil passport yang telah siap, Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

5. Selesai 

 

GAMBAR DISINI