Tarikh | : 20 / 03 / 2023 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuni Taman Prestij II untuk mendaftar akaun e-vendor. E-vendor ialah sistem pendaftaran untuk pembekal dan individu yang berurusan dengan Kerajaan. Pengguna e-vendor terdiri dari kalangan pembekal bagi skop bidang kerja/perunding yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak termasuk dalam skop yang berdaftar dengan ePerolehan dan eBantuan. Pembekal kategori ini boleh membuat pendaftaran secara online di eVENDOR.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk mendaftar akaun e-vendor :
1) Petugas membimbing usahawan untuk melayari laman web https://evendor.anm.gov.my/
2) Kemudian klik pada bahagian 'Daftar'
3) usahawan perlu mengisi ruangan maklumat diri, nombor ssm, serta cawangan bank.
4) Selesai.