Tarikh | : 16 / 04 / 2022 |
Masa | : 6.00 Petang - 9.00 Malam |
Lokasi | : Rhu Homestay Tanjung Tokong |
Peserta |
: 30 Orang |
Tujuan
Di dalam slot ini komuniti kampung warisan diberi taklimat keusahawanan oleh Pusat Ekonomi Digital. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti kampung warisan akan cara menjana wang menggunakan platform pemasaran atas talian. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti serta memberikan taklimat keusahawanan secara pemasaran digital. Selaras dengan peranan yang berfungsi untuk meningkatkan pendapatan melalui platform e-dagang dan dalam talian.
Aktiviti:
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan mengenai fungsi PEDi kepada komuniti serta cara komuniti menceburi bidang pemasaran atas talian.
1. Petugas memberi penerangan kepada komuniti mengenai apa itu PEDi serta fungsi dan manfaatnya kepada komuniti.
2. Kemudian, petugas berkongsi maklumat mengenai cara memasarkan produk menggunakan aplikasi atas talian seperti Shopee, Google Business, Facebook Page, dan lain-lain lagi.
3. Sesi soal jawab
4. Bersurai