Tarikh | : 21/ 05 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dapat mengenali setiap komponen komputer dan perkakasan yang terdapat di PEDi. Malahan, melalui latihan ini dapat menambahkan pengetahuan ICT kepada pelajar-pelajar ini.
Aktiviti
1. Petugas membuka video pengenalan komputer kepada pelajar sekolah rendah.
2.Kemudian, petugas menerangkan pendahuluan mengenai apa itu komputer dengan menerangkan melalui visual bergambar dan sedikit animasi.
3. Seterusnya, petugas menjalankan aktiviti permainan meneka perkakasan komputer supaya pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif dan dapat mengingati perkakasan dengan lebih mudah.
4. Akhir sekali, petugas menjalankan aktiviti meneka silang kata Apa itu Komputer untuk pelajar.
5. Selesai