Tujuan

Di dalam slot ini pelajar diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak ''Mendidik anak dengan bijak'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Zaman digital memerlukan ibu bapa untuk sentiasa mendidik anak mereka tentang keselamatan dalam talian. Internet adalah tempat yang bermanfaat untuk kanak-kanak belajar dan bermain, namun ia juga mengandungi ancaman yang boleh memberi kesan negatif kepada mereka. Contohnya, berkawan dengan seseorang yang menggunakan profil palsu menjadi sasaran buli siber, mempercayai maklumat palsu, dan terlebih berkongsi maklumat peribadi. 

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Mendidik anak dengan bijak) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak kepada pelajar.

3. Terdapat sedikit aktiviti selingan iaitu mewarna sempena bulan Hari Raya Aidiladha

4.Selesai.

 

GAMBAR DISINI