Tujuan

Di dalam slot ini komuniti diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak 'Pengantunan dalam Talian'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Pengantunan seksual dalam talian terhadap kanak-kanak adalah pembentukan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya mereka menurut suruhan pemangsa bagi tujuan penganiayaan seksual.Oleh itu Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan mereka diawasi daripada pemangsa seksual dalam talian. Lindungi kanak-kanak dalam talian.

 

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Pengantunan dalam Talian) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis pengantunan dalam talian yang terdapat di laman media sosial. 

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI