Tarikh | : 5 / 08 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 3.00 Petang |
Lokasi | : Kembara Riuh Pulau Pinang Juru Auto City |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Program klik dengan bijak (KDB) yang dianjurkan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan bersama jualan dari usahawan PEDi serta aktiviti-aktiviti selingan.
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak.
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis-jenis penyalahgunaan di internet.
3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.
4.Selesai