Tujuan

Pedi Taman Prestij II turut bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Timur Laut Pulau Pinang dalam menyampaikan taklimat mengenai Klik dengan Bijak sempena bulan kemerdekaan ini. Antara perkongsian yang diberikan ialah 'Fikir sebelum Bertindak'. Buli siber adalah sejenis gangguan dalam talian sama ada dalam bentuk teks, imej, video atau audio yang mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. 

Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan aktiviti selingan iaitu kuiz.

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak. 

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis-jenis penyalahgunaan di internet.

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI