Tarikh | : 17.11.2023 |
Masa | : 2.00 petang - 3.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membimbing komuniti di kawasan ini. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform shopee. Shopee ialah satu aplikasi e-dagang yang mempunyai pelbagai fungsi dari jualan barang, pembelian barang, perkhidmatan pembayaran bil dan lain-lain. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai apa itu aplikasi Shopee.
2. Kemudian, usahawan diberikan latihan cara untuk mendaftar platform tersebut.
3. Kemudian, petugas menerangkan icon-icon yang terdapat di shopee misalnya cara deco kedai, menetapkan harga jualan barang, memasukkan nombor kad bank bagi tujuan pembayaran dan sebagainya.
4. Usahawan juga diajar cara menangkap gambar produk berdasarkan dimensi ukuran di Shopee supaya terlihat lebih kemas dan menarik perhatian pelanggan.
5. Selesai.