Tarikh | : 23.11.2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Sungai Pinang |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk menambah kemahiran untuk menghasilkan kek lapis sekali gus dapat menjana pendapatan para komuniti yang terlibat. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada peralatan memasak yang digunakan untuk pembuatan kek, bahan-bahan mentah mengikut resipi dan teknik serta praktikal cara pembuatan kek lapis. Antara kek yang dihasilkan ialah bun kek pandan, kek tiramisu, dan lain-lain lagi.
Aktiviti :
1. Tenaga pengajar membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai bahan-bahan, peralatan dan sebagainya.
2. Kemudian, komuniti dibimbing untuk menimbang bahan-bahan untuk menjadikan kek.
3. Seterusnya, perlu dibakar setiap lapisan kek selama 5 minit, perlu diulang sebanyak dua belas kali.
4. Selesai.