Tarikh | : 19 / 02 / 2024 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar mempelajari microsoft office word untuk membuat jadual tugas aktiviti seharian mereka. Melalui pembelajaran ini membolehkan pelajar mengetahui fungsi-fungsi microsoft word dengan lebih banyak dan menyerlahkan kreativiti masing-masing.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word
2. Kemudian, pelajar dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.
3. Seterusnya, pelajar membuat kotak serta memasukkan 'kotak teks' dan menulis aktiviti-aktiviti mengikut kreativiti.
4. Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.