Tarikh | : 25 / 02 / 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan memperkenalkan asas pembelajaran secara atas talian dan pelajar di ajar menggunakan website untuk membuat latihan ulangkaji. Pelajar diberikan pendedahan cara menggunakan tablet untuk memasuki akaun DELIMa. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar dan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran, dan ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada.
Aktiviti
Didalam slot modul ini para pelajar diuji dengan menjawab soalan yang memberikan fokus kepada konsep e-learning.
1. Petugas membimbing pelajar membuka https://d2.delima.edu.my/login
2. Petugas membimbing pelajar membuka akaun tersebut mengikut email serta kata laluan yang diberi oleh guru.
3. Pelajar membuka platform DELIMa tersebut dan terdapat aktiviti-aktiviti ulangkaji yang telah diberikan oleh cikgu secara online.
4. Pelajar menjawab kuiz, aktiviti yang disediakan.
5. Selesai