Tarikh | : 12 / 05 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar menggunakan aplikasi bagi membuat latihan interaktif. Mentimeter ialah perisian persembahan yang mudah digunakan. Dengan mentimeter kita boleh mencipta slaid yang menyeronokkan dan interaktif. Mentimeter membantu menjadikan aktiviti pembelajaran, pembentangan secara lebih kreatif dan inovatif. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://www.mentimeter.com/
2. Para pelajar membuat slaid dan kuiz-kuiz.
3. Pelajar menjawab kuiz berdasarkan slaid.
4. Selesai