Tarikh | : 25 / 06 / 2024 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan teknologi, kejuruteraan dan matematik ke dalam paradigma pembelajaran yang lebih bermakna. Antara manfaat pembelajaran stem ialah mencetus budaya rekacipta dan inovasi di peringkat sekolah lagi serta meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya dalam kalangan murid.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar mengadakan eksperimen kapal terbang straw dengan hasil tersendiri.
2. Para pelajar diberikan penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk mengadakan eksperimen ini.
3. Para pelajar membuat eksperimen dengan mengikuti tutorial yang terdapat di laman web https://www.youtube.com/watch?v=0hThMoHB88w
4. Ruangan soalan & Selesai.