CELIK IT NUR MAWADDAH IRSALINA BINTI MAZLAN

Nama : NUR MAWADDAH IRSALINA BINTI MAZLAN
Umur : 13 Tahun
Ahli :  2022

 

Latar Belakang

Nur Mawaddah Irsalina merupakan seorang pelajar tingkatan satu yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin . Beliau merupakan satu-satunya anak tunggal di dalam keluarganya dan bapa beliau merupakan seorang mekanik kilang manakala ibunya berkerja sebagai penjual kuih. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Meskipun beliau bersekolah asrama penuh setiap kali cuti semester sekolah beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau menyertai kelas ICT bersama PEDi, Nur Mawaddah Irsalina agak kekok untuk menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau merasakan aplikasi Microsoft Office agak sukar untuk difahami.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Taman Prestij II, beliau merasakan aplikasi Microsot Office sangat mudah difahami. Dan menyenangkan beliau untuk menyiapkan tugasan yang diminta oleh cikgu memandangkan pembelajarannya banyak menggunakan medium IT.