USAHAWAN MENJUAL DODOL TOKBRI

NAMA : NUR AIDA BINTI RAZAK
UMUR : 26 TAHUN
AHLI

 

: 2022

 

 

Latar Belakang

Cik Aida merupakan seorang usahawan muda. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau. Minat beliau terhadap perniagaan telah menampakkan usahanya sejak dari kecil. Apabila sudah meningkat usia beliau dan kakak nya bersama sama giat meneruskan legasa keluarga iaitu perniagaan kuih tradisional dodol.  Oleh kerana, minat yang mendalam terhadap perniagaan ini Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram serta mempunyai platform kedai yang sendiri di Shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Prestij II, beliau sudah mempunyai asas ICT serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Namun, adakala nya kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi secara lebih kreatif tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Petugas aturkan iaitu latihan Fb page, rekabentuk poster, latihan ict, dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, whatsapp, shopee dan sebagainya. Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1000.00. Setelah penglibatan beliau dengan PEDi jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 

                                    295651455_3364237563862973_8320829727972399770_n.jpg