CELIK IT MUHAMMAD QAYYUM BIN MOHD AZAN

Nama : MUHAMMAD QAYYUM BIN MOHD AZAN
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar Belakang

Muhammad Qayyum Bin Mohd Azan merupakan seorang pelajar darjah enam yang cerdik, pantas dan komited. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang. Beliau merupakan anak sulung di dalam keluarganya dan ibu nya ialah seorang guru pendidikan Islam. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Meskipun jadual  sekolah beliau sentiasa padat namun beliau komited dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menghadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office dan aplikasi ICT.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau menyertai kelas multimedia bersama PEDi, Muhammad Qayyum agak kekok untuk menggunakan aplikasi Multimedia seperti Canva. Beliau merasakan aplikasi Canva agak rumit dan perlu masa yang banyak untuk difahami.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Taman Prestij II, beliau merasakan aplikasi Canva sangat mudah difahami. Dan menyenangkan beliau untuk menyiapkan tugasan yang diminta oleh cikgu memandangkan pembelajarannya banyak menggunakan medium IT. Malahan mengembangkan bakat kreatifnya lagi dalam mereka poster dan sebagainya. 

 

 

                                                           96828f7a-bde6-4450-bf22-62680cce7b55.jpg