PENGUSAHA HOMESTAY AIDANIE TELUK KUMBAR

Nama : SITI AIDAH BINTI WAHAB
Umur : 52 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar Belakang

Puan Aida merupakan seorang usahawan. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Minat beliau terhadap perniagaan telah menampakkan usahanya sejak dari kecil. Apabila sudah meningkat usia beliau menceburi bidang perniagaan dan di samping itu beliau juga menjalankan perniagaan insurans. Di samping itu, minat yang mendalam terhadap perniagaan ini Beliau sentiasa mempromosikan homestay ini di facebook page, whatsapp business, dan instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Prestij II, beliau kurang mahir akan ICT  serta cara untuk membuat promosi di media sosial serta langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Petugas aturkan iaitu latihan Fb page, rekabentuk poster, latihan ict, dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Berkat semangat beliau mempelajari sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, whatsapp, dan sebagainya. Keuntungan beliau meningkat mencecah 500 sebulan. Setelah penglibatan beliau dengan PEDi jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 

                                                        2dd02420-68c4-4e84-a843-6362fcce57ee.jpg