CELIK IT ANAS MUDRIK BIN AHMAD NAJIB

Nama : NUR MUHAMMAD AL HAFIZ
Umur : 6 Tahun
Ahli :  2022

 

Latar Belakang

Al Hafiz merupakan pelajar 6 Tahun yang aktif mempelajari kelas komputer.  Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau akan menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Meskipun hanya berumur 6 tahun beliau rajin mempelajari dan berusaha untuk mengenali komputer.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau menyertai kelas ICT bersama PEDi, Al-Hafiz agak kekok untuk menggunakan perkakasan komputer. Beliau merasakan sukar dan susah difahami.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Taman Prestij II, beliau sudah mahir untuk menggunakan papan kekunci bagi untuk menulis dan sebagainya. Serta beliau boleh melayari laman web internet dengan sendiri.