USAHAWAN HENNA

Nama : NUR FARHANA BINTI BAKRI
Umur : 27 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar Belakang

Puan Farhana merupakan seorang usahawan PEDi Taman Prestij. Beliau mula berkecimpung dengan lukisan Henna sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau membuahkan hasil apabila perniagaanya dikenali ramai serta beliau sudah melukis henna kepada artis dan sebagainya. Perniagaan beliau dikenali seluruh Balik Pulau dan negeri lain.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Prestij II, beliau kurang mahir akan ICT  serta cara untuk membuat promosi di media sosial serta langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Petugas aturkan iaitu latihan Fb page, rekabentuk poster, latihan ict, kelas tiktok dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Berkat semangat beliau mempelajari sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, whatsapp, dan sebagainya. Keuntungan beliau meningkat mencecah 1000 sebulan. Setelah penglibatan beliau dengan PEDi jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.