CELIK IT AHMAD NAUFAL ABQARY BIN AHMAD FAHMY 

Nama : Ahmad Naufal Abqary Bin Ahmad Fahmy
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Ahmad Naufal merupakan seorang pelajar darjah lima yang cerdik, pantas dan komited. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Korok. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi di mana tiada caj yang dikenakan selain bayaran RM5 seumur hidup. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Meskipun jadual  sekolah beliau sentiasa padat namun beliau komited dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan mengetahui asal-asas penggunaan komputer dan boleh melakukan kerja sekolah dengan menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Ahmad Naufal tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Ahmad Naufal untuk menggunakan aplikasi power point dan CANVA. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik menggunakan aplikasi CANVA.