Nama : RUSYARIZA BINTI RAIMI
Umur : 27 Tahun
Ahli : 2022

 

Pn. Rusyariza merupakan seorang surirumah. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau.  Minat beliau yang mendalam terhadap perniagaan mula sejak di bangku sekolah iaitu dengan menjual kerepek dan sebagainya. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat diploma. Namun, semangat keusahawanannya masih ada dan tidak pernah luntur, ketika menjadi surirumah beliau meneruskan perniagaan dengan menjual makanan iaitu bakso, kuih bingka ubi, kek dan sebagainya. Beliau menggunakan media sosial bagi mempromosikan perniagaan nya sehingga mendapat tempahan sekitar Balik Pulau serta luar kawasan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Taman Prestij II, beliau kurang mahir akan ICt serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Rusyariza ikuti kelas facebook page, latihan ict, Latihan poster canva dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij II. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Ekonomi Digital memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM500.00 kerana ini perniagaan sampingannya. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Ekonomi Digital jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.