USAHAWAN PRODUK KESIHATAN
Nama | : USAHAWAN PRODUK KESIHATAN |
Umur | : 61 Tahun |
Ahli | : 2023 |
Pn. Halimah merupakan seorang surirumah. Beliau adalah anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang. Minat beliau yang mendalam terhadap perniagaan mula ketika tamat pekerjaanya sebagai pekerja kilang. Walaupun sudah menginjak usia namun, semangat keusahawanannya masih ada dan tidak pernah luntur, ketika menjadi surirumah beliau meneruskan perniagaan dengan menjual produk kesihatan iaitu pad sanitari, ubat kesihatan,dan sebagainya. Beliau menggunakan media sosial bagi mempromosikan perniagaan nya sehingga mendapat tempahan sekitar Balik Pulau serta luar kawasan.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan
Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij, beliau kurang mahir akan ICt serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada. |
Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Halimah ikuti kelas facebook page, latihan ict, Latihan poster canva dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij II. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram. Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Ekonomi Digital memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1000.00 kerana ini perniagaan sampingannya. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Ekonomi Digital jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau. |