CELIK IT NUR AINA SYIFA BINTI AZAHRI

Nama Nur Ainin Sofia BT Azahri 
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Ainin Sofia merupakan lepasan SPM. Beliau amat komited dengan pembelajaran ICT sehinggakan ketika waktu cuti beliau sering ke PEDi bagi mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi dengan lebih mendalam. Meskipun beliau mempunyai kerja hakiki yang lain namun tetap membahagikan masa dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan mengetahui asas-asas Microsoft Office dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Aina Syifa tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Ainin Sofia untuk menggunakan aplikasi Microsoft word dan Powerpoint. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan resume serta mengetahui tips-tips menghadiri temuduga pekerjaan.