Nama USAHAWAN PRODUK KESIHATAN
Umur : 53 Tahun
Ahli : 2023

 

Pn. Noraini merupakan seorang surirumah. Beliau adalah anak kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang.  Minat beliau yang mendalam terhadap perniagaan  mula ketika tamat kerjayanya sebagai operator kilang.  Walaupun sudah menginjak usia namun, semangat keusahawanannya masih ada dan tidak pernah luntur, ketika menjadi surirumah beliau meneruskan perniagaan dengan menjual produk kesihatan iaitu pelbagai barangan suplemen, barang elektrik dan sebagainya. Beliau menggunakan media sosial bagi mempromosikan perniagaan nya sehingga mendapat tempahan sekitar Balik Pulau serta luar kawasan. 

  Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij, beliau menggunakan kaedah perniagaan secara tradisional serta beliau kurang mahir akan ICT dan cara membuat promosi mengikut peredaran zaman. Malahan  perniagaanya ketika itu kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi kekurangan promosi dan cara mengiklankan produk-produk nya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Noraini mengikuti kelas facebook page, latihan ict, Latihan poster canva dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij II. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp business serta Tiktok.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Ekonomi Digital memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM 3000.00 sebulan. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Ekonomi Digital jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau. Malahan beliau menjadi tenaga pengajar dengan mengadakan bengkel demo masakan , pastri dan sebagainya.

   photo_2023-08-16_17-04-38.jpg