CELIK IT 

Nama Ahmad Najwan Alimi  
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Ahmad Najwan merupakan pelajar sekolah rendah. Beliau amat komited dengan pembelajaran ICT sehinggakan ketika waktu cuti beliau sering ke PEDi bagi mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi dengan lebih mendalam. Meskipun beliau mempunyai masa yang padat dengan aktiviti tuisyen, kokorikulum dan sebagainya namun tetap membahagikan masa dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan mengetahui asas-asas Microsoft Office dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Ahmad Najwan tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Ahmad Najwan  untuk menggunakan aplikasi Microsoft word dan Powerpoint. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan pembentangan dan sebagainya.