CELIK IT 

Nama : Nur Aina Syifa Bt Azahri 
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Nur Aina Syifa  merupakan pelajar sekolah menengah. Beliau amat komited dengan pembelajaran ICT sehinggakan ketika waktu cuti beliau sering ke NADI bagi mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi dengan lebih mendalam. Ketika selesai waktu persekolahan beliau mengunjungi NADI bagi melakukan tugasan persekolahan dengan menggunakan medium pembelajaran secara atas talian. Selain itu,  meskipun beliau mempunyai masa yang padat dengan aktiviti tuisyen, kokorikulum dan sebagainya namun tetap membahagikan masa dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh NADI. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan mengetahui asas-asas Microsoft Office, Canva, Ai dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nur Aina Syifa tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Nur Aina Syifa untuk menggunakan aplikasi Microsoft word dan Powerpoint. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan gambar menggunakan Ai yang lebih menarik dan kreatif.