Daerah Barat Daya

Sejarah bermula pada tahun 1786, iaitu apabila detik Syarikat Hindia Timur Inggeris menakluk Pulau Mutiara, pihak kolonel kemudiannya menubuhkan bandar George Town di hujung timur laut pulau itu. Selama beberapa dekad sejak itu, pulau itu ditadbir terus dari George Town, tanpa bahagian pentadbiran di pulau itu. Sekitar tahun 1888, tertubuhnya Pejabat Daerah dan Tanah di Balik Pulau yang terletak di kawasan barat daya pulau itu. Bermula ketika inilah, Daerah Pulau Pinang Barat Daya telah diwujudkan dan dipecahkan kepada dua daerah iaitu Timur Laut dan Barat Daya. Kedua-dua daerah ini pertama kali muncul dalam peta rasmi Pulau Pinang pada tahun 1890-an.

Daerah Barat Daya ialah sebuah daerah di Negeri Pulau Pinang.Daerah ini meliputi separuh Pulau Pinang dan bersempadan dengan daerah Timur Laut. Ia mempunyai keluasan 175 km2 (68 batu persegi) dengan bilangan penduduk ke-4 tertinggi di Pulau Pinang iaitu sebanyak  234 ribu orang pada tahun 2021. Balik Pulau ialah pusat pentadbiran daerah, manakala Bayan Lepas ialah bandar terbesar dalam daerah ini. Walaupun Pulau Pinang terdiri daripada dua daerah, kedua-duanya terletak di bawah bidang kuasa bandar George Town, yang merangkumi keseluruhan pulau itu serta pulau-pulau kecil di sekitarnya. Bidang kuasa bandar ini dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang di tengah-tengah George Town, yang terletak dalam Daerah Pulau Pinang Timur Laut.

  

Pembahagian Daerah/Mukim

Daerah Pulau Pinang Barat Daya meliputi selatan dan barat Pulau Pinang, serta sebahagian daripada banjaran bukit tengah pulau itu. Di bawah daerah ini terdapat pekan dan kawasan perumahan berikut iaitu pekan Bayan Lepas, Balik Pulau, dan Teluk Bahang.

Daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim yang diketuai oleh penghulu. Terdapat 22 mukim, mukim-mukim tersebut adalah:

Sungai Pinang,Sungai Rusa, Permatang Pasir, Bagan Ayer Itam,Titi Teras, Kongsi, Kampong Paya, Sungai Burong, Pulau Betong, Dataran Genting, Pantai Acheh,Telok Bahang,Sungai Rusa, & Bukit Sungai Pinang, Batu Itam, Bukit Balik Pulau, Pondok Upeh, Bukit Genting, Bukit Pasir Panjang, Bukit Gemuroh, Bukit Relau, Telok Kumbar, & Bayan Lepas. (Sumber : Pejabat Daerah Barat Daya)

  

 

                                                                   320px-Map_of_Southwest_Penang_Island_District_Penang.svg.png

 

 

Pentadbiran dan Pemerintahan

Balik Pulau ialah sebuah kawasan persekutuan di daerah Barat Daya, Pulau Pinang, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat dengan kod P053. Kawasan Parlimen ini mula dipertandingkan pada 1974 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia mengikut sistem undian terbanyak.

 

 

                                                                  tip_of_the_day.png         

                                                                   2.png 

n                                                                tip_of_the_day_3.png        

                                                                  tip_of_the_day_2.png