Tarikh | : 7/ 01 / 2022 |
Masa | : 3.00 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu belia setempat yang ingin mendaftar akaun bank melalui kemudahan perbankan atas talian. Tujuan perbankan atas talian dapat membantu penduduk setempat menyelesaikan urus niaga bank dengan mudah tanpa membuat urusan ke pejabat bank yang berdekatan. Malahan melalui perbankan online belia dapat melihat penyata kewangan dengan serta-merta, Antara kelebihan perbankan online ialah ia dapat memberikan maklumat terkini tentang status kewangan simpanan. Belia juga akan mempunyai banyak maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari pada bila-bila masa.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu belia untuk membuat pendaftaran perbankan dalam talian:
1. Layari laman web www.maybank2u.com.my.
2.Kemudian di bahagian atas kanan Klik pada 'Daftar Sekarang' dan masukkan No Kad dan PIN anda. (No PIN ialah 6 digit ATM/Debit/Kad Kredit Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda)
3.Tandakan pada Terma & Syarat dan klik 'Teruskan'.
4.Cipta nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda, kemudian masukkan e-mel anda.
5.Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon berdaftar anda dan klik 'Sahkan'.
6.Sediakan Imej Keselamatan, Frasa dan Soalan anda. Ini penting untuk membantu memastikan akaun anda selamat.
7.Klik 'Selesai' setelah pendaftaran sudah lengkap & anda akan dibawa ke laman utama Maybank2u di mana anda boleh log masuk ke akaun baharu anda.
Tarikh | : 2/ 01 / 2022 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Di dalam slot ini komuniti setempat diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak "GROOMING". Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat akan penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti serta memberi taklimat mengenai 'cyber grooming' atau lebih dikenali pengantunan dalam talian iaitu pendedahan kepada ibu bapa akan waspada terhadap anak-anak mengenai tindakan orang luar (pemangsa) bermesra dengan kanak-kanak atau mereka yang masih muda untuk tujuan jenayah termasuk seksual.
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak Grooming di laman web https://klikdenganbijak.my/en/smart_parenting.php
2. Kemudian, petugas membuat sedikit aktiviti selingan iaitu kuiz spontan.
3. Selesai