Tujuan

PEDi juga menawarkan perkhidmatan mengemaskini segala perkhidmatan e-services terutamanya Bantuan Keluarga Malaysia. Tujuan perkhidmatan ini diwujudkan ialah bagi membantu memudahkan urusan penduduk setempat mengemaskini butiran diri, serta dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Di samping itu, penduduk setempat dapat menggunakan perkhidmatan dengan keadaan yang selesa kerana dibantu oleh petugas-petugas PEDi. 

Aktiviti

1. Petugas menerangkan secara ringkas mengenai BKM dan ketegori pemohon-pemohon.

2. Petugas memberitahu mengenai butiran peribadi yang diperlukan seperti kad pengenalan, surat kematian atau cerai bagi yang ingin melakukan kemaskini tersebut.

3. Petugas memasukkan no kad pengenalan dan kata kunci bagi tujuan kemaskini BKM. 

4. Petugas mengemaskini butiran-butiran diri pemohon.

5. Selesai mengemaskini petugas klik pada butang 'hantar' 

6. Petugas mencetak maklumat BKM kepada pemohon

7. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 22 / 01 / 2022
Masa : 3.00 Petang - 5.30 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan 

Tujuan latihan ini diadakan adalah khusus untuk pelajar peringkat rendah di dalam masyarakat setempat. Di dalam latihan ini para pelajar dilatih dalam mengaplikasikan bahan pembelajaran ke dalam bentuk suntingan imej dan berbentuk video mengikut kreativiti masing-masing. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar supaya berfikiran secara kreatif dan inovatif dalam kehidupan seharian selari dengan perkembangan teknologi pada abad ini. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas. 

Aktiviti

1. Petugas membimbing pelajar sekolah rendah mencari bahan pembelajaran di laman web google.com.my untuk menghasilkan video.  

2. Kemudian, menggunakan aplikasi Paint bagi merangsang kreativiti pelajar. 

3. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar menyuntingkan imej tersebut kepada bentuk video 'gif'. 

4. Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 15/ 01 / 2022
Masa : 2.00 Pagi - 4.30 Tengah Hari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini dapat mengisi Pendaftaran Baru Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Antara kelebihan mendaftar SSM ini ialah mendapatkan entiti perniagaan yang sah kerana mendaftar menggunakan saluran perniagaan yang telus. Seterusnya, meningkatkan tahap keyakinan penduduk setempat terhadap perniagaan yang ditubuhkan.

Aktiviti

1. Petugas membantu usahawan mengisi secara dalam talian Pendaftaran Baru Perniagaan dengan melayari laman web https://ezbiz.ssm.com.my

2.Kemudian Masukkan username dan kata laluan serta perlu memasukkan kod verifikasi dan perlu ketik bahagian Sign In untuk masuk ke portal tersebut. 

3. Seterusnya, petugas membimbing usahawan untuk mendaftar perniagaan dengan ketik pada bahagian New Bussiness dan memasukkan semua data perniagaan yang diperlukan misalnya menggunakan nama sendiri atau nama tred serta jenis perniagaan yang hendak dijalankan.

4. Usahawan memasukkan semua butiran peribadi mengenai dirinya seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan perlu memuatnaik gambar muka untuk kesahihan. 

5. Setelah semua butiran telah lengkap perlu ketik kepada bahagian teruskan untuk membayar menggunakan pembayaran online. 

6. Selesai, petugas mencetak dokumen perniagaan dan sijil perniagaan. 

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 21 / 01 / 2022
Masa : 3.00 Petang - 5.30 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

 

Tujuan

PEDi juga menawarkan perkhidmatan membantu penduduk setempat untuk menggunakan kemudahan perbankan atas talian. Tujuan perbankan atas talian dapat menbantu khusunya belia yang ingin melanjutkan pelajaran untuk membuka satu akaun bank bagi tujuan melanjutkan pelajaran atau sebaliknya. Antara manfaat yang diperolehi mendaftar perbankan secara online ialah dapat mengakses maklumat hanya di hujung jari sahaja dan dapat melakukan transaksi pembayaran atau sebagainya menggunakan khidmat online.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu belia untuk membuat pendaftaran perbankan dalam talian: 

1. Layari laman web https://www.bankislam.biz/

2Kemudian di bahagian atas kanan Klik pada 'Daftar Sekarang' dan masukkan No Kad dan PIN anda. (No PIN ialah 6 digit ATM/Debit/Kad Kredit Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda) 

3.Tandakan pada Terma & Syarat dan klik 'Teruskan'.

4.Cipta nama pengguna dan kata laluan Bank Islam anda, kemudian masukkan e-mel anda.

5.Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon berdaftar anda dan klik 'Sahkan'.

6.Sediakan Imej Keselamatan, Frasa dan Soalan anda. Ini penting untuk membantu memastikan akaun anda selamat.

7.Klik 'Selesai' setelah pendaftaran sudah lengkap & anda akan dibawa ke laman utama Maybank2u di mana anda boleh log masuk ke akaun baharu anda.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 14/ 01 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

PEDi juga menawarkan perkhidmatan mengemaskini segala perkhidmatan e-services terutamanya Bantuan Keluarga Malaysia. Tujuan perkhidmatan ini diwujudkan ialah bagi membantu memudahkan urusan penduduk setempat mengemaskini butiran diri, serta dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Di samping itu, penduduk setempat dapat menggunakan perkhidmatan dengan keadaan yang selesa kerana dibantu oleh petugas-petugas PEDi. 

 

Aktiviti

1. Petugas menerangkan secara ringkas mengenai BKM dan ketegori pemohon-pemohon.

2. Petugas memberitahu mengenai butiran peribadi yang diperlukan seperti kad pengenalan, surat kematian atau cerai bagi yang ingin melakukan kemaskini tersebut.

3. Petugas memasukkan no kad pengenalan dan kata kunci bagi tujuan kemaskini BKM. 

4. Petugas mengemaskini butiran-butiran diri pemohon.

5. Selesai mengemaskini petugas klik pada butang 'hantar' 

6. Petugas mencetak maklumat BKM kepada pemohon

7. Selesai

 

GAMBAR DISINI